Tuesday, December 22, 2009

TENAGA INSAN ENTERPRISE SDN. BHD.

Pusat Tenaga Insan (PTI) mula beroperasi pada tahun 1993 di Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. PTI diasaskan penubuhannya oleh Pengarah-Pengarahnya yang melepaskan jawatan masing-masing dengan beberapa agensi kerajaan dan swasta untuk merialisasikan penubuhan PTI.

PTI sebagai sebuah firma perunding latihan yang menawarkan dan mengendalikan kursus-kursus secara profesional berdasarkan pendekatan S.P.I.E.S (kombinasi diantara elemen-elemen Spritual, Physical, Intelectual, Emosional dan Sosial) yang berteraskan kepada pendekatan Islam ini adalah untuk menerapkan kepada diri tentang kebergantungan manusia hanyalah kepada Allah. Matlamat akhir bagi sesi latihan ini adalah mengkehendaki peserta memahami konsep hubungan dengan Allah s.w.t., hubungan dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah, tujuan hidup di dunia dan matlamat hidup di akhirat.

Berpendekatan kerohanian ini menekankan empat perkara penting iaitu pembangunan roh, akal, hati dan pengimbangan nafsu dan perkaitannya dengan tugasan seharian kita. Selain itu juga adalah penegasan konsep ihsan di dalam pekerjaan iaitu bekerja kerana Allah dan bukan kerana selain daripadaNya. Dengan penerapan nilai-nilai murni yang dianjurkan ini akan melahirkan pekerja-pekerja yang ikhlas, amanah dan berkebajikan.

1 comment:

  1. Tahniah dan syabas. Teruskan usaha membangunkan masyarakat dari kelalaian dan kealpaan...

    ReplyDelete